Laman Web Vs. Media Social: Mengapa Perniagaan Masih Memerlukan Laman Web?

Hari ini, hampir setiap perniagaan mempunyai media social. Facebook, Instagram, TikTok dan Linkedin menjadi antara platform utama untuk memperkenalkan produk, berkongsi promosi dan berhubung dengan pelanggan.

Disebabkan itu, mungkin ada pemilik perniagaan yang tertanya-tanya:

“Kalau kami sudah ada media sosial, kenapa masih perlu ada laman web?”

Media sosial memang penting, tetapi ia tidak boleh menggantikan peranan laman web sepenuhnya.

Bayangkan media sosial sebagai tempat anda menarik perhatian pelanggan, manakala laman web pula ialah tempat pelanggan boleh mengenali perniagaan anda dengan lebih dekat. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza dan sebenarnya boleh digunakan bersama untuk membina kehadiran yang lebih kuat.

Media Sosial Memang Bagus, Tetapi Ada Batasnya

Media sosial memang memudahkan perniagaan untuk berhubung dengan pelanggan. Anda boleh berkongsi gambar produk, video, promosi, berita dan kandungan menarik hanya dengan beberapa klik.

Namun, ada satu perkara yang perlu diingat. Anda tidak mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap platform tersebut.

Algoritma boleh berubah, cara kandungan dipaparkan boleh berubah dan sesuatu platform jugaa boleh memperkenalkan polisi atau ciri baharu pada bila-bila masa.

Jika capaian posting anda tiba-tiba menurun, anda mungkin perlu bergantung kepada iklan atau strategi lain untuk menarik perhatian pelanggan.

Dengan laman web sendiri, anda mempunyai lebih banyak kawalan terhadap bagaimana perniagaan anda dipersembahkan.

1. Laman Web Menjadi “Rumah” Perniagaan Anda Dalam Talian

Media sosial mungkin tempat pelanggan pertama kali menemui anda, tetapi laman web boleh menjadi tempat mereka mendapatkan semua maklumat yang diperlukan.

Daripada perlu mencari-cari posting lama di media sosial, pelanggan boleh terus ke laman web untuk melihat:

  • Produk dan perkhidmatan
  • Maklumat syarikat
  • Portfolio
  • Testimoni pelanggan
  • Lokasi dan maklumat hubungan
  • Artikel dan maklumat berguna
  • Borang pertanyaan
  • Pilihan tempahan atau pembelian

Dengan semua maklumat berada di satu tempat, pelanggan lebih mudah memahami siapa anda dan apa yang perniagaan anda tawarkan.

2. Laman Web Boleh Membuat Perniagaan Nampak Lebih Dipercayai

Bayangkan anda sedang mencari satu perkhidmatan.

Anda jumpa sebuah perniagaan di Instagram. Posting mereka nampak menarik, tetapi apabila anda cuba mencari maklumat lanjut, anda hanya menemui akaun media sosial mereka.

Berbanding dengan pernigaan yang mempunyai laman web lengkap dengan maklumat perkhidmatan, portfolio, testimoni dan cara untuk dihubungi.

Mana satu yang membuatkan anda lebih yakin?

Laman web yang direka dengan baik boleh membantu memberikan gambaran yang lebih profesional dan meyakinkan. Ia menunjunkkan bahawa perniagaan anda mempunyai ruang khusus untuk menerangkan tentang diri, perkhidmatan dan nilai yang ditawarkan.

3. Anda Mempunyai Lebih Banyak Kebebasan

Di media sosial, anda perlu mengikut format dan ciri yang disediakan oleh platform.

Di laman web, anda mempunyai lebih banyak kebebasan untuk menentukan bagaimana anda mahu pelanggan melihatkan perniagaan anda.

Anda boleh memilih susun atur, warna, kandungan, gambar dan fungsi yang sesuai dengan jenama anda. Anda boleh memilih susun atur, warna, kandungan, gambar dan fungsi yang sesuai dengan jenama anda.

Anda juga boleh membuat halaman yang berbeza untuk setiap perkhidmatan atau produk supaya pelanggan boleh mendapatkan maklumat dengan lebih mudah.

Ringkasnya, laman web ialah ruang digital yang anda bina mengikut keperluan perniagaan anda sendiri.

4. Pelanggan Boleh Menemui Anda Melalui Google

Tidak semua orang mencari perniagaan melalui media sosial.

Ramai pelanggan masih menggunakan Google apabila mereka ingin mencari produk, perhidmatan atau penyelesaian kepada sesuatu masalah. Contohnya, seseorang mungkin mencari:

“Website developer di Sabah.”

atau

”Custom business system Malaysia.”

Jika laman web anda dioptimumkan dengan baik, ia mempunyai peluang untuk muncul dalam hasil carian yang berkaitan. Di sinilah Search Engine Optimization (SEO) memainkan peranan.

Dengan kandungan yang berkualiti, penggunaan kata kunci yang sesuai, laman web yang pantas dan pengalaman pengguna yang baik, anda boleh meningkatkan peluang untuk ditemui oleh bakal pelanggan.

5. Laman Web Bukan Sekadar Untuk Bagi Maklumat

Laman web yang baik hanya memberitahu pelanggan tentang perniagaan anda. Ia juga boleh membantu mendorong mereka untuk mengambil tindakan.

Sebagai contoh, pelanggan boleh:

  • Menghantar pertanyaan
  • Meminta quatation
  • Membuat tempahan
  • Membeli produk
  • Mengisi borang
  • Menghubungi perniagan
  • Mendapatkan maklumat lanjut

Dengan butang seperti “Contact Us.”, “Get a Qoute” atau “Book Now.” pelanggan tidak perlu tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Ini menjadikan laman web bukan sekadar tempat untuk menunjukkan maklumat, tetapi juga salah satu tempat untuk menunjukkan maklumat, tetapi juga salah satu alat yang boleh membantu menghasilkan peluang perniagaan.

6. Media Sosial dan Laman Web Sebenarnya Saling Melengkapi

Jadi, adakah anda perlu memilih antara media sosial dan laman web?

Sebenarnya, tidak.

Gunakan media sosial untuk menarik perhatian pelanggan dan gunakan laman web untuk memberikan mereka maklumat yang lebih lengkap.

Contohnya, anda boleh berkongsi posting di Instagram tentang satu perkhidmatan. Kemudian, arahkan pelanggan ke laman web jika mereka mahu mengetahui lebih lanjut berkaitan perkhidmatan tersebut. Dengan cara ini, kedua media sosial dan laman web berkerjasama untuk memajukan perniagaan anda.

Media sosial menarik perhatian. Laman web membantu membina kepercayaan dan mendorong pelanggan untuk membina hubungan bersama.

7. Laman Web Boleh Berkembang Bersama Perniagaan Anda

Pernigaan sentiasa berubah,

Mungkin hari ini anda hanya memerlukan laman web untuk memperkenalkan syarikat dan perkhidmatan. Tetapi apabila perniagaan berkembang, anda memerlukan fungsi tambahan seperti:

  • Online Booking
  • E-commerce
  • Live Chat
  • Pembayaran Dalam Talian
  • Product Katalog
  • Blog
  • Borang Pertanyaan
  • Integrasi dengan sistem perniagaan

Laman Web boleh berkembang mengikut keperluan tersebut.

Ini bermakna anda tidak semestinya perlu membina sesuatu yang terlalu kompleks untuk perniagaan anda. Anda boleh membina asas yang baik dan menambah fungsi apabila perniagaan anda semakin berkembang.

Jadi, Adakah Perniagaan Anda Memerlukan Laman Web?

Jawapan ringkasnya: ya.

Media sosial memang penting untuk pemasaran dan interaksi dengan pelanggan. Tetapi laman web memberikan sesuatu yang berbeza iaitu ruang digital yang dimiliki dan dikawal oleh perniagaan anda sendiri.

Daripada membandingkan laman web dengan media sosial, lebih baik lihat bagaimana kedua-dua boleh digunakan bersama dalam perniagaan anda.

Media sosial membantu orang menemui brand anda, namun laman web membantu mereka mengenali, mempercayai dan berhubung dengan perniagaan anda.

Bina Kehadiran Digital Anda Bersama Apploqic Technologies

Laman web yang bagus bukan sekadar cantik. Ia perlu mudah digunakan, sesuai dengan identiti brand dan, paling penting, membantu mencapai matlamat perniagaan.

Di Apploqic, kami membantu peniaga membina laman web yang disesuaikan dengan keperluan dengan keperluan mereka. Daripadda laman web korporat dan landing page kepada platflrm e-commerce, sistem tempahan dan penyelesain web yang lebih kompleks, kami menggabungkan reka bentuk moden dengan fungsi yang praktikal.

Sama ada anda baru ingin membina laman web pertama atau mahu menaik taraf laman web sedia ada, kami boleh membantu membina platform digital yang bukan sahaja mewakili jenama anda, tetapi juga bersedia untuk berkembang bersama perniagaan anda.

Kesimpulan

Media sosial mungkin menjadi salah satu cara pelanggan menemui perniagaan anda, tetapi ia bukan satu-satunya tempat yang aktif untuk perniagaan anda. Laman web memberikan anda ruang untuk menunjukkan siapa anda, menerangkan perkhidmatan, membina kepercayaan dan membuka lebih banyak peluang untuk pelanggan berhubung dengan anda.

Jadi, jangan lihat laman web dan media sosial sebagai dua pilihan yang berbeza.

Gunakan kedua-duanya dengan membina kehadiran digital yang lebih kuat untuk perniagaan anda.

Related post

Follow us